Chenta Watie Scarf merupakan syarikat milik bumiputera yang menjalankan perniagaan dengan mengeluarkan rekaan-rekaan tudung terkini.
Tudung yang dihasilkan diperbuat daripada pelbagai jenis fabrik di antaranya Chiffon, Lycra, Lycra Cotton dan Satin.
Chenta Watie Scarf memiliki sendiri bahagian produksi di mana pekerjanya terdiri daripada warga tempatan untuk membantu dari segi penghasilan
tudung bagi menampung permintaan para pelanggan dan cawangan – cawangan butik yang terdapat di Simpang Renggam, Pasir Gudang dan juga Batu Pahat.  Chenta Watie Scarf amat menitikberatkan kualiti serta rekaan – rekaan yang eksklusif dengan harga
mampu milik, Chenta Watie Scarf kini kian dikenali oleh pencinta – pencinta hijab dan telah memiliki peminatnya yang
tersendiri.   Matlamat Chenta Watie Scarf adalah ingin menjadi pengeluar tudung dan pakaian
muslimah yang memenuhi citarasa masyarakat masa kini selain menjadi pemangkin kepada usahawan – usahawan
bumiputera untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan.